NOVEMBER 2022

Tabung Masa Depan Kekayaan Berdaulat Sarawak Dilulus


KUCHING: Sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) hari ini meluluskan Rang Undang-undang Lembaga Tabung Masa Depan Kekayaan Berdaulat Sarawak 2022.

RUU itu dibentang pertama kali oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Terdahulu, RUU tersebut dibahas oleh 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang kesemuanya menyokong penubuhan tabung tersebut demi masa depan generasi Sarawak.

Abang Johari berkata, kesesuaian awal kepada penubuhan Tabung Masa Depan Kekayaan Berdaulat Sarawak (Wealth Fund) ialah RM8.0 bilion dengan kesesuaian tahunan untuk tahun kedua daripada RM300 juta hingga RM650 juta untuk tahun ke-20.

Beliau berkata, kesesuaian dari tahun kedua hingga ke tahun kelima ialah RM300 juta, dari tahun keenam hingga ke tahun 10 RM550 juta dan dari tahun ke-11 hingga ke tahun ke-20 ialah RM650 juta.

Kerajaan disyaratkan di bawah undang-undang untuk membuat kesesuaian awal dan tahunan sejumlah wang kepada tabung terbabit yang jumlahnya bergantung kepada kedudukan kewangan negeri dari semasa ke semasa, katanya semasa membentangkan Rang Undang-undang (RUU) berkenaan untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Beliau berkata, wang untuk tabung itu adalah daripada Kumpulan Wang Disatukan melalui kesesuaian kelulusan iaitu usul yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Wang tabung itu, tambahnya, mengandungi kesesuaian awal dan kemudian kesesuaian tahunan daripada Kumpulan Wang Disatukan dan setiap kesesuaian tahunan tertakluk kepada kelulusan DUN.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu berkata, penubuhan tabung itu adalah untuk memaximumkan pulangan daripada kelebihan modal rizab negeri melalui pelaburan.

Beliau menegaskan, tabung kekayaan itu akan diletakkan di bawah pengurusan dan jagaan sebuah badan korporat diwujudkan di bawah RUU berkenaan.

Pembentangkan RUU itu adalah untuk memenuhi janji kerajaan yang merupakan sebahagian daripada janji dalam manifesto Kerajaan GPS dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) dan sebagai bukti Kerajaan GPS menunaikannya.

Abang Johari berkata, berdasarkan kajian landskap tabung kekayaan berdaulat, tabung itu boleh dikategorikan berdasarkan mandat atau objektif penubuhannya dan boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori.

Ketiga-tiga kategorikan itu ialah memaksimumkan modal, kestabilan dan pembangunan strategik, katanya dan menegaskan, beberapa siri lawatan bagi mendapat amalan pengurusn terbaik, strategi pelaburan, tadbir urus dan kerangka dasar undang-undang yang bersesuaian telah diadakan.

Negara-negara yang dilawati adalah Norway, Singapura dan England dan negara-negara terbabit mendapat pujian kerana menubuhkan tabung yang terbukti berjaya dan pengiktirafan antarabangsa atas transpirasi dan urus tadbir yang baik, katanya.

Menurut beliau, negara-negara berkenaan juga adalah anggota Tabung Kekayaan Berdaulat Forum Antarabngasa (Forum) dan sebagai anggota forum itu, negara-negara berkenaan dikehendaki mematuhi amalan antarabangsa terbaik termasuk Generally Accepted Principles dan Principles Santiago.

Sumber dari : Sarawakku